Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sepanyol pecat ketua jurulatih 2 hari sebelum Piala Dunia bermula

Sepanyol memecat jurulatih skuad kebangsaan negara itu kurang 48 jam sebelum Piala Dunia di Rusia berlangsung.

Anggaran Waktu Membaca:
Sepanyol pecat ketua jurulatih 2 hari sebelum Piala Dunia bermula

Fernando Hierro, jurulatih baru Sepanyol. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 14 Jun 2018 10:09AM Dikemas Kini : 14 Jun 2018 10:13AM

Mosko, Rusia: Sepanyol memecat jurulatih skuad kebangsaan negara itu kurang 48 jam sebelum Piala Dunia di Rusia berlangsung.

Media tempatan melaporkan bahawa pemecatan Julen Lopetegui itu dibuat kerana anggota Persatuan Bola Sepak Sepanyol berpandangan mereka dikhianati bekas pemain kebangsaan negara terbabit.

Lopetegui, 51 tahun, dilantik menjadi ketua jurulatih Real Madrid bagi menggantikan Zinedine Zidane yang meletak jawatan.

Beliau menandatangani kontrak tiga tahun untuk mengemudi kelab gergasi dunia di Santiago Bernabeu itu.

Menurut jurucakap persekutuan bola sepak Sepanyol, dalam keadaan sedemikian tidak sesuai untuk bekas penjaga gol skuad kebangsaan Sepanyol berkenaan dikekalkan dengan statusnya sekarang.

Presiden Persatuan Bola Sepak Sepanyol Luis Rubiales dijadualkan untuk berada di Mosko bagi menghadiri kongres FIFA hari ini (14 Jun) tetapi dia dilaporkan kembali ke negaranya untuk menguruskan isu Lopetegui.

"Kami terpaksa mengetepikan jurulatih skuad kebangsaan. Selamat berjaya kepada Lopetegui," katanya.

Rubiales menambah bahawa rundingan antara Real Madrid dengan Lopetegui dijalankan tanpa sebarang maklumat diberikan kepada pihaknya.

"Kami hanya dimaklumkan mengenai hal itu (pelantikan Lopetegui menjadi ketua jurulatih Real Madrid) hanya lima minit sebelum sidang media yang dibuat untuk mengumumkannya," kata Rubiales.

Sepanyol diundi dalam kumpulan B bersama Portugal, Maghribi dan Iran. Dengan prestasi sebagai negara yang menyediakan satu daripada liga paling meriah di dunia, skuad La Roja itu adalah antara pasukan pilihan untuk temasya kali ini.

Mereka akan turun padang menentang Portugal pada jam 2.00 pagi 16 Jun ini.

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan