Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Sekilas keputusan Piala Dunia 2018

Berikut kami imbas antara perlawanan Piala Dunia 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
Sekilas keputusan Piala Dunia 2018

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 18 Jun 2018 10:42PM Dikemas Kini : 18 Jun 2018 10:48PM

RUSIA: Berikut kami imbas antara perlawanan Piala Dunia 2018.

SWEDEN MANFAATKAN PENALTI, TEWASKAN KOREA SELATAN
Pasukan Sweden mengalahkan Korea Selatan 1-0 dalam perlawanan sulung masing-masing dalam Piala Dunia 2018.

Gol kemenangan Sweden hasil tendangan penalti oleh kapten Andreas Granqvist.

Gol penentu perlawanan itu diputuskan melalui video pembantu pengadil (VAR) yang merakam Kim Min-woo mencabar dan menjatuhkan Viktor Claesson.

MEXICO TUNDUKKAN JUARA BERTAHAN

Mexico membuat kejutan besar dalam aksi pembukaan kumpulan F dengan menewaskan juara bertahan Jerman.

Gol tunggal perlawanan itu dihasilkan Hirving Lozan pada minit ke-35.

Ini juga bermakna Jerman mengalami kekalahan pertama dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia sejak 1982.

Ia merupakan kemenangan kedua Mexico ke atas Jerman dalam sejarah.

BRAZIL MULA PIALA DUNIA 2018 TANPA KEMENANGAN

Sementara itu dalam aksi kumpulan E, juara Piala Dunia lima kali, Brazil, memulakan kejohanan kali ini dengan keputusan seri 1-1 dengan Switzerland.

Bekas bintang Liverpool Philippe Coutinho menghasilkan gol pertama Brazil pada minit ke-20.

Bagaimanapun, benteng pertahanan Switzerland berjaya menangkis banyak serangan Brazil selepas itu.

Switzerland sebaliknya menyamakan kedudukan pada minit ke-50 melalui tandukan Steven Zuber.

Keputusan muktamad seri 1-1.

SERBIA DUDUKI TEMPAT TERBAIK KUMPULAN 'E'

Dalam satu lagi aksi Kumpulan E, Serbia mengalahkan Costa Rica 1-0.

Gol tunggal perlawanan dijaringkan Aleksandar Kolarov pada minit ke-56 melalui satu tendangan percuma.

Kemenangan Serbia ini meletakkan pasukan itu di kedudukan yang baik dalam tangga kumpulannya.

Sumber : Agensi berita/RU/AA/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan