Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Salah yakin Liverpool boleh juarai UCL

Pemain handalan Liverpool, Mohamed Salah yakin pasukannya mampu menjuarai Liga Perdana dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Salah yakin Liverpool boleh juarai UCL

Pemain bintang Mesir, Mohamed Salah. (Gambar: REUTERS/Mohamed Abd El Ghany)

Diterbitkan : 19 Sep 2018 09:29AM Dikemas Kini : 19 Sep 2018 09:35AM

LONDON: Pemain handalan Liverpool, Mohamed Salah yakin pasukannya mampu menjuarai Liga Perdana dan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) pada musim ini.

Dalam aksi perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA pada Mei lalu, Salah mengalami kecederaan bahu selepas bertembung dengan kapten Real Madrid, Sergio Ramos, dengan dua kesilapan Loris Karius dan jaringan akrobatik Gareth Bale memastikan kemenangan gelaran 'hat-trick' buat skuad bimbingan Zinedine Zidane, lapor ESPN. 

Meskipun begitu, Salah memilih untuk kekal positif dan percaya Liverpool mampu meraih kejayaan.

"Musim lalu, kami menumpaskan Manchester City, kemudian Roma, yang menewaskan Barcelona dalam suku akhir," katanya kepada ESPN.

"Kami bertarung dengan pasukan-pasukan untuk meraih kejuaraan dan masih mampu mara ke peringkat akhir. Jadi, sudah pasti kami mampu melakukannya sekali lagi."

Menurut ESPN, Salah menyifatkan perlawanan menentang Manchester City dalam Liga Perdana pada musim lalu sebagai amat bermakna. "Ia merupakan titik perubahan dalam musim itu. City belum dikalahkan tetapi kami berjaya untuk mengatasi mereka. Kami menggunakan perlawanan itu untuk menyingkirkan mereka dalam Liga Juara-Juara Eropah tiga bulan kemudian," kata Salah.

"Perlawanan itu memberi kami keyakinan. Pada saat itu, kami berkata kepada diri kami: 'Kami sudah lakukannya, mungkin kami boleh mencapainya sekali lagi'," tambah beliau. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan