Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Salah tersenarai dalam skuad Mesir

Mohamed Salah tersenarai dalam skuad Mesir bagi Piala Dunia 2018 meskipun kecederaan bahu membelenggunya.

Anggaran Waktu Membaca:
Salah tersenarai dalam skuad Mesir

Mohamed Salah terpaksa keluar padang dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA disebabkan kecederaan pada bahunya. (Gambar: PAUL Ellis/AFP)

Diterbitkan : 05 Jun 2018 08:41AM Dikemas Kini : 05 Jun 2018 08:45AM

MESIR: Mohamed Salah tersenarai dalam skuad Mesir bagi Piala Dunia 2018 meskipun kecederaan bahu membelenggunya.

Bintang Liverpool itu dijangka cergas untuk menyertai skuad kendalian Hector Cuper di Rusia sedang beliau terus menjalani proses pemulihan akibat kecederaan yang dialami ketika tewas dalam perlawanan akhir Liga Juara-Juara UEFA di tangan Real Madrid.

Kecederaan berkenaan mendatangkan kebimbangan kepada orang ramai, terutama sekali mengenai kesediaannya untuk mewakili Mesir dalam penampilan pertama negara itu sejak Piala Dunia pada 1990.

Penampilan penyerang Braga, Kouka turut memberikan kejutan, manakala pemain pertahanan Karim Hafez dan Amro Tarek tidak tersenarai.

Dalam pada itu, kapten pasukan, Essam El-Hadary yang berusia 45 tahun bakal membuat penampilan sebagai pemain tertua di Russia nanti.

Mesir akan berdepan dengan Uruguay pada 15 Jun ini sebelum menentang Rusia dan Arab Saudi dalam Kumpulan ‘A’.

Esok (6 Jun), pasukan tersebut bakal berkunjung ke Belgium bagi perlawanan persahabatan terakhirnya dengan harapan untuk menamatkan rentetan lima perlawanan tanpa kemenangan.

Skuad penuh Mesir:

Sherif Ekramy (Al-Ahly), Essam El-Hadary (Al-Taawoun), Mohamed El-Shenawy (Al-Ahly); Mohamed Abdel-Shafy (Al-Fateh), Ayman Ashraf (Al-Ahly), Ahmed Elmohamady (Aston Villa), Ahmed Fathi (Al- Ahly), Ali Gabr (West Brom), Omar Gaber (Los Angeles FC), Mahmoud Hamdy (Zamalek), Ahmed Hegazi (West Brom), Saad Samir (Al-Ahly); Mohamed Elneny (Arsenal), Abdallah Said (Al-Ahli), Shikabala (Al-Raed), Tarek Hamed (Zamalek), Trezeguet (Kasimpasa), Sam Morsy (Wigan Athletic), Ramadan Sobhi (Stoke City), Amr Warda (Atromitos); Marwan Mohsen (Al-Ahly), Kahraba (Al-Ittihad), Mohamed Salah (Liverpool). 

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan