Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Salah menaruh harapan dapat beraksi dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2018

Bintang Liverpool ini turut melahirkan harapan untuk mencipta sejarah di Piala Dunia 2018

Anggaran Waktu Membaca:
Salah menaruh harapan dapat beraksi dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2018

Gambar: ANDREW YATES/REUTERS

Diterbitkan : 09 Jun 2018 07:54PM Dikemas Kini : 09 Jun 2018 08:13PM

MADRID: Penyerang pasukan Liverpool Mohamed Salah, yakin beliau akan kembali cergas untuk turun padang bagi perlawanan pertama Mesir menentang Uruguay pada Jumaat depan, menurut akhbar Sepanyol, Marca, pada Sabtu (9 Jun).

Pemain berusia 25 tahun itu mengalami kecederaan di bahu semasa perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah antara Liverpool dengan Real Madrid bulan lalu, di mana Liverpool tewas 3-1. 

Namun pemain lincah ini yakin akan dapat turun padang dalam perlawanan pertama Mesir di Rusia.

"Saya sudah beransur pulih," kata Salah kepada akhbar Sepanyol itu.

"Saya yakin dapat bermain dalam perlawanan pertama kami, tapi ini bergantung kepada keadaan saya pada hari itu."

Salah sebelum ini menyempurnakan tendangan penalti yang membantu Mesir melayakkan diri bagi Piala Dunia 2018, yang pertama bagi Mesir dalam masa 28 tahun.

Belliau bagaimanapun menegaskan bahawa Mesir bukan ke Rusia semata-mata untuk 'mencukupkan kuota' pasukan.

"Kami sebuah pasukan yang kuat. Objektif kami tetap sama, iaitu untuk menang, dan ini paling penting. Kami tidak hanya memiliki satu kekuatan saja, tapi yang lebih penting, kami bersatu hati bermain sebagai sebuah pasukan," ujar Salah.

"Kami berdepan dengan tekanan untuk melayakkan diri bagi Piala Dunia. Mungkin anda boleh mengatakan bahawa 'kami sudah mencapai matlamat kami', tetapi tidak bagi saya. Kami mahu mencipta sejarah, dan mencapai sesuatu yang baru."

Arab Saudi dan tuan rumah Rusia juga dalam kumpulan yang sama dengan Mesir.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan