Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

S'pura belasah Timor Leste, 6-1 dalam Piala AFF Suzuki 2018

Pasukan bola sepak Singapura menjangkaui harapan jurulatih Fandi Ahmad dalam aksi Piala AFF Suzuki di padang sendiri.

Anggaran Waktu Membaca:
S'pura belasah Timor Leste, 6-1 dalam Piala AFF Suzuki 2018

Ikhsan Fandi. (Gambar: Matthew Mohan)

Diterbitkan : 21 Nov 2018 11:13PM Dikemas Kini : 21 Nov 2018 11:19PM

SINGAPURA: Pasukan bola sepak Singapura menjangkaui harapan jurulatih Fandi Ahmad dalam aksi Piala AFF Suzuki di padang sendiri.

Pasukan Singa berpesta enam gol, menewaskan pasukan Timor Leste yang hanya mampu membalas satu gol, malam ini (21 Nov).

Perlawanan di Stadium Negara itu menyaksikan Safuwan Baharudin, 27 tahun, menjaringkan gol pertama pada minit ke-12. Malah, beliau berjaya menjaringkan 'hat-trick' selepas menambah gol pada minit ke-19 dan semasa masa tambahan (90+1).

Manakala, Ikhsan Fandi, 19 tahun menjaringkan dua gol pada minit ke-30 dan ke-42.

Faris Ramli pula menjaringkan gol pada minit ke-90.

Singapura akan berdepan juara bertahan Thailand di padang lawan pada 25 November. 

Sumber : BERITA Mediacorp/na
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan