Skip to main content

Iklan

Iklan

Singapura

S’pore GP mula jual tiket “Early Bird” F1 2018

Tiket “Early Bird” untuk Perlumbaan Formula 1 Grand Prix Singapura pada 2018 boleh dibeli sehingga 8 Mei tahun depan, demikian diumumkan pihak penganjur semalam (1 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
S’pore GP mula jual tiket “Early Bird” F1 2018

Pemandu kereta lumba Red Bull Daniel Ricciardo di sesi latihan ketiga F1 Singapore GP 2017. (Gambar: MANAN VATSYAYANA/AFP)

Diterbitkan : 02 Nov 2017 09:08AM Dikemas Kini : 02 Nov 2017 09:11AM

SINGAPURA: Tiket “Early Bird” untuk Perlumbaan Formula 1 Grand Prix Singapura pada 2018 boleh dibeli sehingga 8 Mei tahun depan, demikian diumumkan pihak penganjur semalam (1 Nov).

Dalam satu kenyataan media, pihak penganjur menyatakan bahawa tiket-tiket tersebut menawarkan penjimatan sehingga 28 peratus daripada harga biasa.

Tiket-tiket itu berharga antara S$248 untuk tempoh tiga hari bagi Zon 4 Walkabout hingga S$1,988 untuk tempoh tiga hari di Turn 3 Premier Grandstand.

Kategori tiket lain yang turut dijual termasuk tiket untuk satu hari di Pit Grandstand pada hari Ahad dan tiket satu hari di Padang Grandstand serta Premier Walkabout.

Tiket bagi platform mesra kerusi roda di Turn 1 dan Empress Place juga dijual pada harga dari S$38 setiap satu.

Perlumbaan tahun depan dijadual berlangsung dari 14 hingga 16 September.

Tiket-tiket juga boleh dibeli menerusi www.singaporegp.sg, talian hotline 6738 6738 dan dari ejen-ejen yang diluluskan oleh Singapore GP. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan