Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ryan Giggs, Gary Neville ke S’pura bulan depan; beraksi dalam pertandingan bola sepak akar umbi

Pemain lagenda Ryan Giggs dan Gary Neville bakal ke Singapura bulan depan untuk beraksi dalam Piala CF 2017.

Anggaran Waktu Membaca:
Ryan Giggs, Gary Neville ke S’pura bulan depan; beraksi dalam pertandingan bola sepak akar umbi

Ryan Giggs dan Gary Neville yang berada di Singapura pada tahun lalu. (Gambar fail: TODAY)

Diterbitkan : 10 Mar 2017 05:21PM Dikemas Kini : 10 Mar 2017 05:23PM

SINGAPURA: Jika anda lama mengimpikan bermain bola sepak dengan pemain lagenda pasukan Manchester United, impian anda itu mungkin menjadi kenyataan.

Ini kerana pemain lagenda Ryan Giggs dan Gary Neville bakal ke Singapura bulan depan untuk beraksi dalam Piala CF 2017.

Kedua-dua bekas bintang Liga Perdana England itu akan menyertai pertandingan tersebut bagi menandakan perasmian Kafe Bola Sepak Singapura dan Arena, iaitu kemudahan sukan dan senaman terbaru di Singapura yang terletak di Woodleigh Park berdekatan Braddell Road.

Arena tidak saja menawarkan pelbagai padang bola sepak bagi kegunaan awam tetapi juga menawarkan program kesihatan seperti Muay Thai, Yoga Udara, Panjat Batu, Tarian dan Senaman Praktikal.

Ia juga menampilkan Kafe Bola Sepak Singapura, satu francais kepada restoran bertemakan sukan bola sepak yang ditubuhkan Neville dan Giggs di Britain.

Piala CF 2017 dibuka kepada semua pemain amatur. Anda hanya perlu menubuhkan pasukan dianggotai lapan pemain dan mendaftarkan pasukan anda di www.cfcup.sg. Terdapat dua kategori iaitu Terbuka dan Korporat. 

Sumber : Today/ru
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan