Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ross Barkley berpindah ke Chelsea dengan yuran bernilai S$27 juta

Pemain tengah  England, Ross Barkley secara rasmi menyertai Chelsea dengan yuran pemindahan dari Everton dipercayai bernilai 15 juta pound (S$27 juta).

Anggaran Waktu Membaca:
Ross Barkley berpindah ke Chelsea dengan yuran bernilai S$27 juta

Ross Barkley menyertai Chelsea dari Everton. (Gambar: Reuters / Andrew Yates Livepic)

Diterbitkan : 06 Jan 2018 04:09PM Dikemas Kini : 06 Jan 2018 04:20PM

LONDON: Pemain tengah England, Ross Barkley secara rasmi menyertai Chelsea dengan yuran pemindahan dari Everton dipercayai bernilai 15 juta pound (S$27 juta).

Barkley memeterai perjanjian lima setengah tahun dengan Chelsea dan akan mewarisi jersi nombor 8 yang pernah dipakai Frank Lampard, penjaring gol terbanyak kelab itu.

Kontrak Barkley dengan Everton dijadualkan tamat akhir musim ini.

Ramai menganggap Barkley mirip pemain unggul England, Paul Gascoigne dari segi teknik, bentuk tubuh dan gaya permainan.

Berusia 24 tahun, Barkley berpindah ke Chelsea setelah bersama Everton sejak berusia 11 tahun.

Sepanjang bersama Everton, Barkley sudahpun bermain dalam 150 perlawanan Liga Perdana England dan menjaringkan 21 gol.

Namun Everton belum menurunkannya dalam perlawanan liga itu musim ini.

Banyak pihak berpendapat Barkley gagal mengembangkan terus bakatnya seperti yang diharapkan meskipun dia pernah mewakili England dalam Piala Dunia 2014 dan Kejohanan Eropah 2016.

Sumber : Reuters/APTN/MU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan