Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Ronaldo nafi tuduhan rogol di Las Vegas pada 2009

Pemain bola sepak Cristiano Ronaldo pada Selasa (2 Okt) menolak dakwaan rogol yang dibuat terhadapnya, seraya mengatakan beliau tidak merasa bersalah dan akan menantikan dengan tenang keputusan sebarang siasatan.

Anggaran Waktu Membaca:
Ronaldo nafi tuduhan rogol di Las Vegas pada 2009

Gambar fail Ronaldo. (Gambar: Reuters)

Diterbitkan : 04 Oct 2018 09:25AM Dikemas Kini : 04 Oct 2018 09:30AM

LISBON: Pemain bola sepak Cristiano Ronaldo pada Selasa (2 Okt) menolak dakwaan rogol yang dibuat terhadapnya, seraya mengatakan beliau tidak merasa bersalah dan akan menantikan dengan tenang keputusan sebarang siasatan.

"Saya dengan tegas menolak tuduhan yang dikeluarkan terhadap saya. Rogol adalah satu jenayah menjijikkan yang bercanggah dengan diri dan kepercayaan saya," kata bintang atlit menerusi satu catatan Twitter.

Ejennya, Gestifute juga menghantar kenyataan yang serupa oleh Ronaldo dalam satu emel kepada Reuters.

"Meskipun saya benar-benar ingin membersihkan nama, saya enggan mengapi-apikan tontonan media yang dicetuskan pihak-pihak yang ingin mempromosi diri dengan memalukan saya," katanya. "Saya rasa tidak bersalah, maka itu saya dapat menunggu dengan tenang keputusan sebarang siasatan."

Peguam bagi Cik Kathryn Mayorga, yang menyaman Ronaldo di mahkamah daerah di Clark County, Nevada pada Khamis, berkata bintang bola sepak itu diberikan 20 hari dari pemfailan tuntutan itu untuk memberi respons. Cik Mayorga mendakwa bahawa Ronaldo merogolnya pada 2009 di suite penthouse hotel di Las Vegas.

Para peguamnya juga berkata mereka sedang mempertimbangkan sama ada untuk mendedahkan dokumen-dokumen berkaitan dengan kes itu, termasuk aduan polis, rekod perubatan, dan penyelesaian luar mahkamah yang termasuk satu perjanjian untuk tidak mendedahkan kejadian itu.

Menurut aduan yang didedahkan kepada Reuters dan menurut para peguam Cik Mayorga, beliau sedang berusaha untuk membatalkan penyelesaian menutup mulut sebanyak AS$375,000 (S$516,000) yang beliau dakwa ditandatangani secara paksa.

Polis Metropolitan Las Vegas berkata pada Isnin terdapat aduan dibuat dengan nombor yang disenaraikan dalam tuntutan Cik Mayorga pada malam serangan yang dikatakan itu. Pihak polis menambah bahawa kes itu dibuka semula pada bulan lepas, namun enggan menggulas sama ada atlit itu sedang disiasat.

Pihak polis tidak mempunyai sebarang komen buat masa ini berhubung kenyataan Ronaldo.

Sumber : Reuters/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan