Roger Federer juara Australia Terbuka 2018, rangkul Grand Slam ke-20
Pemain tenis Switzerland, Roger Federer muncul juara selepas mengalahkan pemain Croatia, Marin Cilic dalam lima set.
MELBOURNE: Pemain tenis Switzerland, Roger Federer muncul juara selepas mengalahkan pemain Croatia, Marin Cilic dalam lima set.
Roger Federer menang set pertama 6-2 dalam hanya 24 minit.
Cilic, pemain pilihan keenam, bangkit dalam set kedua dan set keempat, mencerahkan harapannya untuk merangkul kejuaraan Grand Slamnya yang kedua.
Bagaimanapun Federer menang set ketiga, juga set penentuan untuk merebut kejuaraan Grand Slam yang ke-20.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.