Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Renang: Schooling layak ke peringkat akhir gaya kupu-kupu FINA

Schooling, yang berusia 21 tahun, melayakkan diri setelah menamatkan acara itu di tempat kedua dalam Siri Renang Arena Pro di Atlanta pada pagi Isnin (8 Mei).

Anggaran Waktu Membaca:
Renang: Schooling layak ke peringkat akhir gaya kupu-kupu FINA

Gambar fail juara Olimpik negara Joseph Schooling beraksi. (Gambar: AFP)

Diterbitkan : 08 May 2017 02:31PM Dikemas Kini : 08 May 2017 02:32PM

SINGAPURA: Jaguh Olimpik Joseph Schooling berjaya menempah tempat dalam acara renang gaya kupu-kupu 200 meter di Kejohanan Renang Sedunia FINA pada Julai akan datang.

Schooling, yang berusia 21 tahun, melayakkan diri setelah menamatkan acara itu di tempat kedua dalam Siri Renang Arena Pro di Atlanta pada pagi Isnin (8 Mei) .

Masa yang dicatatkan iaitu 1 minit 56.45 saat mengatasi gred kelayakan 'A' bagi kejohanan sedunia di Budapest, Hungary itu.

Tempat pertama diduduki perenang Amerika Chase Kalisz yang mencatat masa 1 minit 55.94 saat.

Mahasiswa Universiti Texas itu, kini layak bagi empat acara di Kejohanan Sedunia - 50 meter, 100 meter, 200 meter dan juga 100 meter gaya bebas.

Schooling melayakkan diri bagi tiga daripada acara itu berdasarkan masa yang dicatatkan pada Sukan Olimpik Rio pada 2016.

Dalam Kejohanan Sedunia di Kazan, Rusia, pada 2015, Schooling mencatat sejarah dengan membawa pulang pingat pertama Singapura dalam kejohanan renang dunia selepas meraih pingat gangsa bagi acara 100 meter gaya kupu-kupu.

Perenang negara itu sekali lagi mengharumkan nama negara apabila menang pingat emas bagi acara yang sama di Sukan Olimpik Rio selepas menewaskan perenang legenda Amerika Syarikat Michael Phelps.  

Sumber : CNA/ns
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan