Rekod 100% Liverpool calar di tangan Chelsea
Rekod Liverpool belum pernah kalah dalam musim baru Liga Perdana England (EPL) berakhir setelah seri 1-1 dengan Chelsea di Stamford Bridge.
LONDON: Rekod Liverpool belum pernah kalah dalam musim baru Liga Perdana England (EPL) berakhir setelah seri 1-1 dengan Chelsea di Stamford Bridge.
Juara bertahan Manchester City pula naik ke tangga teratas selepas mengalahkan Brighton 2-0.
Sebaliknya Manchester United yang bertandang ke padang West Ham United mengalami satu lagi kekalahan.
Felipe Anderson meletakkan West Ham di hadapan pada minit ke-5.
Andrei Yarmolenko menjadikan kedudukan 2-0 sebelum tamat babak pertama.
Dalam separuh masa kedua, Marcis Rashford dapat merapatkan jurang gol tetapi Marko Arnautovic kemudian berjaya menjaringkan gol untuk West Ham menang selesa 3-1.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.