Rafa Nadal menang kejuaraan terbuka China
Pemain nombor satu dunia, Rafa Nadal meraih kemenangannya yang keenam musim ini dengan menggondol kejuaraan terbuka China.
CHINA: Pemain nombor satu dunia, Rafa Nadal meraih kemenangannya yang keenam musim ini dengan menggondol kejuaraan terbuka China.
Nadal, 31 tahun, menang mudah ke atas Nick Kyrgios dalam peringkat akhir ini.
Pemain Australia itu terjejas permainannya apabila diberi mata penalti kerana bertengkar dengan para pegawai dalam set pertama.
Nadal dari Sepanyol mengambil masa hanya sejam setengah untuk menundukkan Kyrgios dengan 6-2, 6-1.
Ini merupakan kemenangan Nadal yang pertama di China sejak membuat penampilan pada 2005.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.