Images
  • psg
    Paris St. Germain meraikan kemenangan besar 7-1 ke atas AS Monaco. (Gambar: CHRISTOPHE ARCHAMBAULT / AFP)

PSG menang besar 7-1 ke atas AS Monaco; Schalke pula kalahkan Dortmund di Jerman

PARIS: Paris St. Germain meraih kejuaraan ketujuh dengan kemenangan besar ke atas AS Monaco dalam Liga Satu Perancis.

PSG menghasilkan empat gol dalam masa 30 minit sebelum Rony Lopes menghasilkan gol sagu hati Monaco, sejurus sebelum masa rehat.

Dalam babak kedua, PSG menguasai semula permainan dan meraih tiga lagi gol untuk kemenangan muktamad 7-1.

Dalam aksi Bundesliga Jerman pula, Schalke yang menentang Borussia Dortmund, membuka tirai jaringan hanya selepas masa rehat.

Rembatan Naldo memastikan Schalke menang 2-0, sekali gus meletakkannya di tangga kedua liga, empat mata di hadapan Bayer Leverkusen.

- AFP/AA/im

Top