Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Prestasi 2 atlit cerahkan harapan S'pura pungut pingat di Sukan Asia 2018

Sukan Asia tahun depan dinanti-nantikan bukan sahaja kerana ia antara acara sukan yang penting bagi Singapura.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 31 Dec 2017 03:43PM Dikemas Kini : 31 Dec 2017 11:07PM

SINGAPURA: Sukan Asia tahun depan dinanti-nantikan bukan sahaja kerana ia antara acara sukan yang penting bagi Singapura.

Pasukan 2018 diharap mengatasi kelakonan para atlit pada kejohanan 2006, yang merangkul 27 pingat termasuk lapan emas.

Prestasi dua orang atlit sejauh ini mencerahkan harapan, Singapura akan dapat mencapai sasaran pungutan pingat pada Sukan Asia kelak.

Pesilat Sheikh Farhan mengharumkan nama negara di Sukan SEA Kuala Lumpur dengan merangkul pingat emas.

Juara dunia dua kali ini berazam memperbaiki persembahannya apabila Silat membuat penampilan pertama di Sukan Asia.

"Saya harap rakan-rakan seperjuangan dan saya sendiri dapat membuktikan dan memenangi beberapa pingat emas bagi negara," kata Sheikh Farhan.

Sebagai persiapan pasukan silat negara menjalani latihan gigih gigih dua kali sehari, di bawah jurulatih Sheik Alau'ddin, yang juga bapa Farhan.

Seorang lagi harapan negara, Lau Ywen yang juga meraih pingat emas bagi acara lawan pedang di Sukan SEA lalu.

Beliau yang baru pulih daripada patah tulang belakang, sedang berlatih giat dengan menggabungkan latihan menguatkan otot-otot, untuk mengelakkan kecederaan lanjut.

Ywen berlatih setiap hari sambil mengimbangi masanya sebagai pelajar United World College.

"Saya rasa lawan pedang mengajar kita untuk lebih menguatkan azam dan rajin apabila melakukan sesuatu dalam hidup," kata Ywen.

Semangat kental yang diharap dapat menyiapkan Team Singapura dalam mengharungi Sukan Asia di Jakarta Ogos nanti. 

Sumber : CNA/MM/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan