Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Polis sahkan laporan mercun dilontar penyokong pada perlawanan bola sepak M'sia-Indonesia

Polis Malaysia mengesahkan ia menerima laporan mengenai kejadian letupan mercun yang dilontar dari tempat duduk penyokong Malaysia.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis sahkan laporan mercun dilontar penyokong pada perlawanan bola sepak M'sia-Indonesia

Terdapat laporan tentang mercun dilontar dari tempat duduk penyokong M'sia.

Diterbitkan : 27 Aug 2017 04:49PM Dikemas Kini : 27 Aug 2017 04:52PM

SHAH ALAM: Polis Malaysia mengesahkan ia menerima laporan mengenai kejadian letupan mercun yang dilontar dari tempat duduk penyokong Malaysia ketika perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 antara Malaysia dan Indonesia di Stadium Shah Alam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Shafien Mamat berkata laporan polis berkenaan dibuat anggotanya yang bertugas mengawal keselamatan di dalam stadium selepas tamat perlawanan.

"Siasatan mengenai insiden ini sedang dijalankan dan polis memandang serius terhadap isu keselamatan semua pihak termasuklah penonton, pemain dan pegawai yang berada di stadium.

"Sementara siasatan dijalankan, pihak polis meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat agar menyalurkannya kepada pihak polis dan tidak membuat sebarang spekulasi berhubung perkara ini," katanya dalam kenyataan hari ini (27 Ogos).

Dalam sidang media selepas perlawanan itu semalam, Ketua Jurulatih Indonesia Luis Milla Aspas mendakwa beberapa pemainnya cedera akibat terkena mercun yang didakwa dilontar dari tempat duduk penyokong Malaysia ketika sedang memanaskan badan.

Sementara itu dalam satu lagi kenyataan, Encik Shafien berkata pihaknya sedang mengenal pasti sekumpulan suspek yang didakwa memukul penyokong pasukan Indonesia di pekarangan hentian bas di Persiaran Sukan, Seksyen 13, kira-kira pukul 3.45 pagi tadi.

Malaysia menumpaskan Indonesia dengan jaringan 1-0 dalam perlawanan berkenaan dan bakal berdepan juara bertahan, Thailand, Selasa ini (29 Ogos).

Sumber : Bernama/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan