Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Polis M'sia mula kepung kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur

Sejak siang tadi (7 Mac), polis Malaysia mula mengepung Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur untuk mengetahui jumlah sebenar orang yang berada di dalamnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Polis M'sia mula kepung kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur
Diterbitkan : 07 Mar 2017 09:12PM Dikemas Kini : 07 Mar 2017 09:22PM

KUALA LUMPUR: Sejak siang tadi (7 Mac), polis Malaysia mula mengepung Kedutaan Korea Utara di Kuala Lumpur untuk mengetahui jumlah sebenar orang yang berada di dalamnya.

Polis Malaysia percaya sekurang-kurangnya tiga daripada lapan lelaki Korea Utara yang dikehendakinya berhubung pembunuhan Kim Jong-nam bersembunyi di dalam kedutaan ini.

Mereka termasuk seorang diplomat kanan dan seorang pekerja syarikat penerbangan Korea Utara (Koryo).

"Saya pernah berkata jika pekerja Koryo itu tidak tampil memberi keterangan, kami akan memaksanya berbuat demikian. Kami sudahpun melakukannya menerusi seksyen 111 Kanun Prosedur Jenayah Malaysia.
Jika ini tidak dipatuhi, kami akan mendapatkan waran tangkapan. Kami sudahpun menyampaikan notis di bawah seksyen 111 kepada Kedutaan Korea Utara dan kami kini menunggu. Kami akan menunggu. Walaupun sehingga lima tahun, kami akan tetap tunggu di luar," kata Ketua Polis Malaysia, Khalid Abu Bakar.

Berkuatkuasa serta merta juga Kuala Lumpur melarang orang-orang di dalam Kedutaan Korea Utara meninggalkan Malaysia.

"KDN (Kementerian Dalam Negeri) melalui Jabatan Imigresen telah mengeluarkan arahan serta merta bahawa tidak ada mana-mana pegawai atau kakitangan yang berada di Kedutaan DPRK atau Korea Utara yang dibenarkan untuk keluar daripada negara ini," menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Tindakan itu sebagai membalaskan larangan serupa oleh pemerintah Pyongyang terhadap rakyat Malaysia di Korea Utara atas alasan untuk memastikan keselamatan para diplomat dan rakyatnya di Malaysia.

Bagaimanapun kerajaan Malaysia menyifatkan tindakan Korea Utara itu sebagai penahanan tebusan

Sebelum ini kedua-dua negara saling mengusir duta satu sama lain. 

Sumber : Agensi berita/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan