Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala FA: Liverpool lawan Everton dalam pertemuan ke-24

Liverpool akan menjadi tuan rumah pesaing sengitnya Everton untuk kali kedua dalam sebulan apabila kedua-dua pasukan bertemu awal Januari depan bagi pusingan ketiga Piala FA selepas undian dilakukan semalam (4 Dis).

Anggaran Waktu Membaca:
Piala FA: Liverpool lawan Everton dalam pertemuan ke-24

Gambar hiasan.

Diterbitkan : 05 Dec 2017 08:02AM Dikemas Kini : 05 Dec 2017 08:05AM

LONDON: Liverpool akan menjadi tuan rumah pesaing sengitnya Everton untuk kali kedua dalam sebulan apabila kedua-dua pasukan bertemu awal Januari depan bagi pusingan ketiga Piala FA selepas undian dilakukan semalam (4 Dis).

Liverpool yang menyingkirkan Everton pada separuh akhir 2012, pertembungan terakhir mereka dalam Piala FA, akan turut menanti kunjungan pasukan jiran mereka itu bagi Liga Perdana Ahad ini (10 Dis).

Everton bergelut dengan prestasi yang kurang memuaskan dalam Liga Perdana setakat ini. Tambahan pula, pasukan berkenaan gagal mara ke saingan kalah mati Liga Eropah meskipun memiliki pakar menyelamatkan diri, Sam Allardyce yang baru-baru ini dilantik sebagai pengurus.

Keghairahan para peminat menantikan kedua-dua perlawanan tersebut bertambah dengan hubungan tegang antara pengurus Everton itu dengan Jurgen Klopp yang memimpin Liverpool. Ini ekoran beberapa kritikan yang dibuat warga Jerman itu terhadap pesaingnya pada masa lalu.

Hakikatnya, Liverpool berjaya mengalahkan Everton dalam dua pertemuan perlawanan peringkat akhir Piala FA sebelum ini pada 1986 dan 1989.

Malah, secara keseluruhannya, kedua-dua pasukan sudah bertemu sebanyak 23 kali bagi perlawanan Piala FA dengan Liverpool menjuarai 10 daripadanya manakala Everton hanya mampu mencatat tujuh kemenangan serta seri bagi baki enamnya.

Sementara itu, penyandang gelaran Arsenal pula akan bertemu pasukan divisyen dua Nottingham Forest bagi perlawanan pertamanya manakala pendahulu Liga Manchester City bertemu Burnley di tempat sendiri.

Sumber : AFP/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan