Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala FA: Alexis Sanchez curi perhatian; Man Utd tewaskan Yeovil 4-0

Manchester United mara ke pusingan kelima Piala FA Inggeris selepas menewaskan Yeovil Town 4-0 di Huish Park.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 27 Jan 2018 08:04AM Dikemas Kini : 27 Jan 2018 09:16PM

HUISH PARK: Manchester United mara ke pusingan kelima Piala FA Inggeris selepas menewaskan Yeovil Town 4-0 di Huish Park.

Kemenangan ini lebih bermakna buat pengurus Manchester United, Jose Mourinho, selepas pemain terbaru kelab itu, Alexis Sanchez nampak selesa beraksi bersama rakan sepasukannya.

"Saya amat gembira. Tiada kejutan buat sesiapa, tiga tahun setengah bermain di Liga Perdana setiap hujung minggu dan semua orang tahu tentang Alexis. Beliau jenis pemain yang anda membeli dan tidak menyoal tentangnya, anda tidak perlu memikirkan tentang penyesuaian atau perkara-perkara seperti itu dalam perlawanan bola sepak Inggeris.

"Beliau seorang pemain yang baik, dan beliau menunjukkannya buat tiga tahun, dan selama tiga hari beliau berlatih bersama kami. Beliau satu penambahan yang baik buat kami," kata Mourinho ditukil laman Skysports.

Alexis Sanchez memainkan peranan penting dalam dua gol pertama United yang dijaringkan Marcus Rashford dan Ander Herrera.

Walaupun beraksi cemerlang, Sanchez tetap digantikan dengan Jesse Lingard yang menjaringkan gol ketiga United pada minit ke-89.

Penyerang dari Belgium, Romelu Lukaku pula melengkapkan kemenangan bergaya buat United apabila menjaringkan gol keempat perlawanan sebelum wisel penamat ditiupkan. 

Sumber : Agensi berita/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan