Piala Dunia kini dipamer di Argentina
Piala yang paling menjadi rebutan dalam sukan bola sepak kini berada di Argentina.
ARGENTINA: Piala yang paling menjadi rebutan dalam sukan bola sepak kini berada di Argentina.
Argentina pernah menjulang piala tersebut dua kali dan ia merupakan naib juara Kejohanan Piala Dunia yang lalu setelah kalah di tangan Jerman.
Piala Dunia akan berada di Argentina sehingga Isnin ini sebelum singgah pula di Colombia.
Secara keseluruhannya, penjelajahan Piala itu meliputi lebih 50 negara sebelum kembali ke Rusia pada Mei nanti.
Rusia merupakan tuan rumah kejohanan Piala Dunia tahun ini yang berlangsung dari 14 Jun hingga 15 Julai.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.