Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia bermula, trofi dipamerkan di depan 80,000 penonton

Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden FIFA, Gianni Infantino merasmikan acara pembukaan beberapa minit sebelum sepak mula bagi perlawanan pembuka tirai antara tuan rumah, Rusia dan Arab Saudi. 

Anggaran Waktu Membaca:
Piala Dunia bermula, trofi dipamerkan di depan 80,000 penonton

(Gambar: AFP)

Diterbitkan : 14 Jun 2018 11:42PM Dikemas Kini : 14 Jun 2018 11:43PM

MOSCOW: Presiden Rusia, Vladimir Putin dan Presiden FIFA, Gianni Infantino merasmikan acara pembukaan beberapa minit sebelum sepak mula bagi perlawanan pembuka tirai antara tuan rumah, Rusia dan Arab Saudi.

Trofi Piala Dunia juga mula dipamerkan di depan 80,000 penonton yang memenuhi Stadium Luzhniki.

Suasana gilang gemilang mewarnai acara pembukaan dengan bekas penjaga gol Sepanyol, Iker Casillas diberi penghormatan menjulang trofi itu untuk dirakamkan oleh penyokong.

Rusia membelanjakan lebih AS$13 bilion (S$17.41 bilion) untuk menganjurkan temasya bola sepak itu, acara paling penting di negara itu sejak Olimpik Musim Panas di Moscow pada 1980.

Di luar stadium, pelbagai gelagat penyokong yang menari dan bersorak dengan anggota polis mengawal ketat situasi di stadium.

Penyokong Rusia berterusan bersorak bersama sekumpulan penyokong Arab Saudi yang lengkap berpakaian hijau di luar pintu masuk stadium.

Acara pembukaan turut menampilkan konsert mini oleh bintang dari Britain, Robbie Williams yang mendendangkan lagu popularnya, "Let Me Entertain You".
 

Sumber : CNA/SU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan