Piala Dunia: Arab Saudi layak selepas menang 1-0 ke atas Jepun
Arab Saudi berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia buat pertama kalinya sejak tahun 2006.
JEDDAH: Arab Saudi berjaya melayakkan diri ke Piala Dunia buat pertama kalinya sejak tahun 2006.
Ia berikutan kejayaannya mengalahkan Jepun yang sudahpun melayakkan diri ke Rusia.
Tuan rumah Saudi pula perlu menang untuk mara ke Piala Dunia tahun depan.
Gol tunggal Fahad Al Muwallad pada minit ke-63 menjadikan impian Saudi itu satu kenyataan.
Kemenangan 1-0 ini meletakkan Saudi sebagai naib juara kumpulan 'B' di belakang Jepun.
Australia menduduki tempat ketiga setelah mengalahkan Thailand 2-1 dan perlu bersaing dalam perlawanan penentuan bagi mendapatkan tiket ke Rusia.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.