Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala Dunia 2018: England kalahkan Tunisia, Belgium menang besar

England meraih permulaan yang berjaya apabila ia mengalahkan Tunisia 2-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan G.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 19 Jun 2018 07:11PM Dikemas Kini : 19 Jun 2018 09:45PM

RUSIA: England meraih permulaan yang berjaya apabila ia mengalahkan Tunisia 2-1 dalam perlawanan pembukaan Kumpulan G.

Pemain penyerang Harry Kane menyumbat gol pertama seawal minit ke-11.

Bagaimanapun Tunisia menyamakan kedudukan yang menimbulkan kontroversi dan Ferjani Sassi tidak mensia-siakan peluang untuk mencatat gol bagi pasukan tersebut.

Dalam masa tambahan, Harry Kane memastikan kemenangan bagi England dengan tandukan cantik, membolehkan England mengutip tiga mata penuh.

Dalam satu lagi aksi kumpulan G, Belgium mencatat kemenangan terbesar Piala Dunianya sejak 1970 dengan menundukkan Panama 3-0.

Gol pertama dijaringkan Dries Mertens pada minit ke-47.

Penyerang Manchester United Romelu Lukaku pula menjaringkan dua gol untuk memastikan kemenangan Belgium itu.

Sumber : AFP/MM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan