Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Piala AFF Suzuki: S'pura tewaskan Indonesia 1-0, Hariss Harun jaring gol kemenangan

Singapura menang mengejut 1-0 semasa menentang Indonesia dalam perlawanan pembukaan Piala AFF Suzuki pada Jumaat (9 Nov).

Anggaran Waktu Membaca:
Piala AFF Suzuki: S'pura tewaskan Indonesia 1-0, Hariss Harun jaring gol kemenangan

Hariss Harun menjaringkan gol kemenangan dalam perlawanan antara Singapura dengan Indonesia pada 9 November. (Gambar: Matthew Mohan)

Diterbitkan : 09 Nov 2018 11:03PM Dikemas Kini : 09 Nov 2018 11:10PM

SINGAPURA: Singapura menang mengejut 1-0 semasa menentang Indonesia dalam perlawanan pembukaan Piala AFF Suzuki pada Jumaat (9 Nov).

Dengan 30,000 penyokong membanjiri Stadium Negara, pasukan tuan rumah Singapura berjaya memperolehi kemenangannya yang pertama dalam perlawanan kompetitif sejak 2015 melalui jaringan kapten pasukan Hariss Harun pada separuh masa pertama.

Dua minit selepas jaringan Hariss pada minit ke-37, Singapura hampir-hampir menjaringkan gol keduanya.

(Gambar: Matthew Mohan)

(Gambar: Matthew Mohan)

Malangnya percubaan Faris Ramli berjaya diselamatkan oleh penjaga gawang Indonesia, Andritany.

Indonesia juga hampir-hampir menyamakan kedudukan melalui percubaan Putu Gede Juni Antara pada minit ke-74.

Singapura akan berdepan dengan Filipina yang dipimpin oleh bekas pengurus England, Sven Goran Eriksson pada Selasa depan di Bacolod.

Singapura kemudian akan berentap dengan Timor-Leste di Stadium Negara pada 21 November dan berdepan dengan juara bertahan Thailand pada 25 November. 

Sumber : CNA/AW/ai
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan