Pesilat Muhammad Nur Alfian Juma'en perhebat persiapan jelang Sukan SEA Ogos ini
Mengenai silat juga, pemenang pingat emas Sukan SEA 2015, Muhammad Nur Alfian Juma'en terus gigih membuat persiapan bagi kejohanan serantau itu di Malaysia tahun ini.
SINGAPURA: Mengenai silat juga, pemenang pingat emas Sukan SEA 2015, Muhammad Nur Alfian Juma'en terus gigih membuat persiapan bagi kejohanan serantau itu di Malaysia tahun ini.
Alfian, 20 tahun, berusaha mempertingkat kekuatan serta ketangkasannya bagi berdepan dengan para pesaing handalan dari Vietnam dan Malaysia.
Beliau juga masih mengalami rasa gemuruh semasa pertandingan.
Maka itu, Persekutuan Silat Singapura mendapatkan bantuan seorang ahli psikologi sukan bagi Alfian.
Alfian menetapkan matlamat untuk menjadi juara dunia menjelang tahun depan.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.