Pertempuran penyokong Lyon, Besiktas punca perlawanan tergendala 45 minit
Masalah samseng bola sepak muncul kembali apabila pertempuran berlaku antara para penyokong kelab Turki, Besiktas dengan kelab Lyon dari Perancis.
LYON: Masalah samseng bola sepak muncul kembali apabila pertempuran berlaku antara para penyokong kelab Turki, Besiktas dengan kelab Lyon dari Perancis.
Tindakan para penyokong yang mencerobohi kawasan padang, menyebabkan perlawanan tergendala 45 minit.
Mereka mendakwa dilontar dengan objek-objek dan bunga api dari bahagian atas stadium ini.
Pihak berkuasa sebelum ini menyifatkan perlawanan ini sebagai berisiko tinggi dan mengerahkan ribuan pegawai keselamatan untuk berjaga-jaga. Sekurang-kurangnya seorang dilaporkan cedera.
Selepas perlawanan dimulakan, Lyon yang ketinggalan 0-1 akhirnya bangkit dan menang 2-1.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.