Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Perlumbaan F1 di Vietnam? Mungkin, kata Ecclestone

Perlumbaan Formula One mungkin diadakan di Vietnam menjelang 2020, menurut mantan ketua eksekutif Formula One Group yang mengendalikan hak komersil sukan tersebut, Bernie Ecclestone.

Anggaran Waktu Membaca:
Perlumbaan F1 di Vietnam? Mungkin, kata Ecclestone

Bernie Ecclestone di perlumbaan Brazil 2017. (Gambar fail: UESLEI MARCELINO/REUTERS)

Diterbitkan : 25 Feb 2018 12:08PM Dikemas Kini : 25 Feb 2018 12:12PM

LONDON: Perlumbaan Formula One mungkin diadakan di Vietnam menjelang 2020, menurut mantan ketua eksekutif Formula One Group yang mengendalikan hak komersil sukan tersebut, Bernie Ecclestone.

“Saya rasa akan ada perlumbaan di Vietnam,” kata usahawan yang berusia 87 tahun itu kepada para wartawan yang dijemput ke pejabat privetnya di bahagian tengah London untuk berkongsi beberapa isu mengenai musim baru sukan itu bermula bulan depan.

Jutawan Britain yang diketepikan awal Januari tahun lalu sejak Liberty Media iaitu sebuah syarikat yang berpangkalan di Amerika Syarikat mengambil alih penganjuran F1 , berkata bahawa satu perlumbaan jalan raya di Hanoi mungkin diadakan.

Ecclestone yang masih lagi menerima gaji berjuta-juta pound dari Formula One berkata bahawa pemerintah Vietnam sanggup membelanjakan sejumlah wang yang banyak untuk mempromosikan negara Asia Tenggara itu dengan menganjurkan sebuah acara grand prix.

"Apa yang saya tahu sejauh ini, mereka belum menandatangani kontrak lagi. Namun, sekiranya mereka sudahpun melakukannya, ia sekurang-kurangnya lagi dua tahun lagi kan?” katanya.

Grand Prix di Malaysia dikeluarkan daripada kalender Formula One selepas perumahan tahun lalu tetapi para pengurus sukan itu sudah mengintai untuk memperkembangkannya di China.

Dalam pada itu, mereka juga sudahpun berunding dengan Thailand tetapi tidak berhasil. Walau bagaimanapun, Vietnam merupakan pasaran yang baru lagi penting bagi penaja-penaja global sukan tersebut seperti Heineken.

Ecclestone memberitahu Reuters tahun lalu bahawa beliau berunding dengan pihak Vietnam ketika masih lagi mengetuai Formula One tetapi menolak tawaran negara itu kerana berpandangan bahawa sudah terdapat perlumbaan yang mencukupi di Asia Tenggara.

Beliau juga menarik perhatian kepada keputusannya untuk mengadakan perlumbaan di Azerbajian iaitu sebuah negara yang tidak mempunyai sejarah perlumbaan tetapi sanggup menawarkan jumlah wang yang lumayan. Pihak Liberty mengkritik langkahnya itu tetapi ia sebaliknya dinilai sebagai antara perlumbaan yang paling menarik musim lalu.

Namun, warga Britain itu memberi amaran mengenai ketidakpastian tentang masa depan sukan tersebut iaitu sesuatu yang harus dipertimbangkan sebarang penganjur tempatan.

Sebahagian besar daripada perjanjian-perjanjian yang sedia ada tamat pada hujung 2020, dengan Ferarri sudahpun mengancam akan mengundur diri sekiranya ia tidak setuju dengan arah tuju sukan itu.

Selain itu, terdapat perbahasan tentang jenis enjin yang akan digunakan selepas 2020 kerana enjin V6 turbo hybrid yang digunakan sekarang ini dikatakan terlalu mahal, merumitkan dan senyap. 

Sumber : Reuters/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan