Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Peringkat Akhir WTA berpindah dari S'pura ke Manchester pada 2019?

Singapura dijangka akan bersaing sengit untuk mendapatkan hak bagi menganjurkan peringkat akhir Kejohanan Persatuan Tenis Wanita (WTA) selepas perjanjiannya berakhir pada 2018.

Anggaran Waktu Membaca:
Peringkat Akhir WTA berpindah dari S'pura ke Manchester pada 2019?

Simona Halep dari Romania pada hari pertama kejohanan tenis Peringkat Akhir BNP Paribas WTA di Hab Sukan Singapura pada 2014. (Gambar: Getty Images melalui TODAY)

Diterbitkan : 11 Apr 2017 01:55PM Dikemas Kini : 11 Apr 2017 01:58PM

SINGAPURA: Singapura dijangka akan bersaing sengit untuk mendapatkan hak bagi menganjurkan peringkat akhir Kejohanan Persatuan Tenis Wanita (WTA) selepas perjanjiannya berakhir pada 2018.

Menurut laporan media Britain, bandar Manchester adalah pesaing utama bagi kejohanan tersebut yang menawarkan hadiah wang tunai bernilai AS$7 juta (S$9.8 juta), yang menampilkan lapan pemain tenis wanita dan pasukan beregu wanita terbaik dunia.

Mediacorp difahamkan bahawa beberapa bandar lain di China dan Eropah turut menyuarakan minat untuk menganjurkan kejohanan tersebut mulai 2019.

Ketua Pegawai Eksekutif WTA Steve Simon turut mengesahkan minat Manchester itu pada Isnin (10 Apr).

Ketika dihubungi Mediacorp, Lembaga Pelancongan Singapura dan Sport Singapore menyatakan pihaknya sedang membuat perbincangan awal dengan WTA untuk menganjurkan Peringkat Akhir WTA selepas 2018.

Sumber : Today/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan