Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Perincian siaran Piala Dunia di RTM diumum esok

 Perincian berhubung penyiaran perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 oleh stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) termasuk hal berhubung penajaan akan dikongsi esok (12 Jun), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Anggaran Waktu Membaca:
Perincian siaran Piala Dunia di RTM diumum esok

(Gambar: REUTERS/Sergei Karpukhin/File Photo)

Diterbitkan : 11 Jun 2018 10:21AM Dikemas Kini : 11 Jun 2018 10:24AM

PIALA DUNIA 2018: Perincian berhubung penyiaran perlawanan bola sepak Piala Dunia 2018 oleh stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) termasuk hal berhubung penajaan akan dikongsi esok (12 Jun), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo.

Beliau berkata satu sidang media berhubung perincian tersebut seperti jumlah tajaan, bilangan perlawanan yang akan disiarkan dan keuntungan yang dijana akan diadakan di The Glass House, Seputeh, Kuala Lumpur.

"Semua orang teruja untuk tahu mengenai hal itu, jadi kita akan bawakan pasukan dari RTM bagi menjawab segala perkara berkaitan siaran bola sepak tersebut,” kata beliau.

Encik Gobind Singh turut mendedahkan bahawa sejauh ini Maxis Berhad adalah penaja utama rancangan itu.

Sebelum ini, beliau mengumumkan bahawa kerajaan Malaysia, melalui RTM akan menyiarkan 41 daripada 64 perlawanan dengan kos sebanyak RM30 juta (S$10 juta) untuk membeli hak penyiaran Piala Dunia FIFA 2018 di Rusia bermula 14 Jun ini.

Sumber : Bernama/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan