Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Perenang Quah Ting Wen catat rekod baru negara dalam acara 50 meter gaya bebas wanita

Perenang Quah Ting Wen mencatat rekod baru kebangsaan bagi acara 50 meter gaya bebas wanita di Kejohanan Renang Kumpulan Usia Kebangsaan Singapura ke-48 China Life pada Ahad (19 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Perenang Quah Ting Wen catat rekod baru negara dalam acara 50 meter gaya bebas wanita

Quah Ting Wen di Kejohanan Renang Kumpulan Usia Kebangsaan Singapura ke-48 China Life. (Gambar: Leandro Ngo/Singapore Swimming Association)

Diterbitkan : 20 Mar 2017 01:27PM Dikemas Kini : 20 Mar 2017 01:31PM

SINGAPURA: Perenang Quah Ting Wen mencatat rekod baru kebangsaan bagi acara 50 meter gaya bebas wanita di Kejohanan Renang Kumpulan Usia Kebangsaan Singapura ke-48 China Life pada Ahad (19 Mac).

Quah yang pernah pernah menyertai sukan Olimpik sebanyak dua kali, mencatat masa 25.27 saat, iaitu masa lebih pantas berbanding rekod kebangsaan yang sebelum ini dipegang oleh rakan senegara, Amanda Lim, pada 2009.

Quah turut mencatat masa kelayakan "A" bagi Sukan Asia Tenggara (SEA) di Kuala Lumpur yang akan datang.

Perenang 24 tahun itu berkata keputusan cemerlang tersebut memberinya suntikan semangat dan yakin diri.

Lim, yang berada di belakang Quah dalam acara pada Ahad itu, pula mencatat masa 25.50 saat.

Sumber : CNA/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan