Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Penyerang legenda AC Milan, George Weah dilantik jadi Presiden Liberia

Bekas penyerang Chelsea, Manchester City dan AC Milan George Weah akan menjadi Presiden Liberia.

Anggaran Waktu Membaca:
Penyerang legenda AC Milan, George Weah dilantik jadi Presiden Liberia

George Weah sudah menjadi Presiden Liberia. (Gambar: ZOOM DOSSO / AFP)

Diterbitkan : 29 Dec 2017 01:17PM Dikemas Kini : 29 Dec 2017 01:57PM

LIBERIA: Bekas penyerang Chelsea, Manchester City dan AC Milan George Weah akan menjadi Presiden Liberia.

Weah, 51 tahun, menjadi pemain bukan Eropah yang pertama memenangi Ballon d'Or pada tahun 1995. Itu baru satu daripada begitu banyak pencapaian cemerlang beliau dalam kerjaya prolifik selama 18 tahun. Beliau menggantung kasut butnya pada tahun 2003.

Weah kemudian menyertai politik selepas bersara dan berkhidmat sebagai senator dalam Parlimen Liberia, menurut laporan BBC.

Kemenangan beliau diumumkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya Liberia semalam (28 Dis). Menurut suruhanjaya itu, dengan 98.1 peratus undi yang dikira, Weah menang 61.5 peratus.

Weah akan menggantikan Ellen Johnson Sirleaf, wanita pertama yang dilantik sebagai Presiden di Afrika, lapor BBC.

Beliau menewaskan Weah dalam pilihan raya 2005, yang diadakan sejurus selepas berakhirnya perang saudara, menurut BBC.

Sumber : Agensi berita/NK/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan