Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pencak Silat tampil buat pertama kali di Sukan Asia

Pencak Silat akan ditampilkan buat pertama kalinya di Sukan Asia tahun ini.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Aug 2018 10:19PM Dikemas Kini : 14 Aug 2018 11:38PM

INDONESIA: Pencak Silat akan ditampilkan buat pertama kalinya di Sukan Asia tahun ini.

Malah, Indonesia sebagai tuan rumah temasya sukan itu berharap ini akan merintis jalan bagi penyertaan silat di perlawanan-perlawanan peringkat tinggi seperti Olimpik.

Ini selain harapan para atlitnya untuk membawa pulang pingat emas bagi acara tersebut nanti.

22 atlit akan bersaing dalam 16 acara, menyaingi pasukan dari negara lain dalam kategori tujuh lelaki dan tiga wanita, sementara yang lainnya akan bersaing dalam kategori seni.

Sarah Tria Monita, 23 tahun, juara dunia yang memenangi pingat emas di Kejohanan Dunia 2016 dan pingat gangsa di Sukan SEA tahun lalu teruja dapat mewakili Indonesia dalam Sukan Asia.

"Pencak Silat berasal dari Indonesia, (lantas)Sarah sangat bangga dapat mewakili cabang olahraga yang benar-benar berasal dari Indonesia dan Sarah pasti akan buktikan kesemuanya bahawa Pencak Silat akan boleh menjadi juara keseluruhan di Sukan Asia, kongsi atlit tersebut.

Meskipun demikian, sukan ini tidak terlepas daripada kontroversi.

Di Sukan SEA tahun lalu, Indonesia menuduh Malaysia menipu apabila pasukan itu membawa pulang pingat emas dalam kategori seni artistik lelaki. 

Sumber : CNA/NU/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan