Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Penampilan sulung Ronaldo di Serie A dibayangi tragedi jambatan runtuh Genoa

Penampilan sulung bintang bola sepak Cristiano Ronaldo dengan pasukan Juventus dibayangi rasa duka tragedi jambatan runtuh Genoa. 

Anggaran Waktu Membaca:
Penampilan sulung Ronaldo di Serie A dibayangi tragedi jambatan runtuh Genoa

Gambar fail pasukan Cristiano Ronaldo semasa perlawanan antara Juventus A dengan Juventus B di Villar Perosa. (Gambar: Isabella Bonotto/AFP)

Diterbitkan : 17 Aug 2018 12:09PM Dikemas Kini : 17 Aug 2018 12:11PM

MILAN: Penampilan sulung bintang bola sepak Cristiano Ronaldo dengan pasukan Juventus dibayangi rasa duka tragedi jambatan runtuh Genoa. Ini kerana upacara persemadian 38 mangsa dalam trajedi jambatan runtuh Genoa bakal dijalankan esok (18 Ogos) iaitu pada hari yang sama berlangsungnya perlawanan Serie A.

Pemenang lima kali Ballon d’Or itu paling mencuri tumpuan pada musim perpindahan selepas berhijrah dari Real Madrid dengan nilai perpindahan £99.2 juta (S$173 juta).

Tragedi itu menyebabkan perlawanan Serie A membabitkan Sampdoria dan Genoa terpaksa ditangguhkan.

Penghormatan selama seminit bakal dilakukan sebelum berlangsungnya perlawanan. Para pemain akan turun beraksi dengan lilitan di pergelangan tangan mereka.

Dalam pada itu, rakan sepasukan Ronaldo, Sami Khedira berkata, beliau begitu teruja untuk beraksi bersama kapten Portugal itu. Pengalamannya bakal sekaligus membuatnya lupa episod bersama Jerman di Piala Dunia yang tersingkir seawal pusingan pertama.

“Saya tak sabar untuk beraksi pada musim baru. Ia adalah pengalaman sangat menakjubkan kerana dapat beraksi bersama-sama Ronaldo sekali lagi selepas kami berdua pernah beraksi bersama di Real Madrid,” katanya.  

Sumber : AFP/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan