Peminat bola sepak Brazil mati ditembak setelah penyokong merusuh
Seorang peminat bola sepak Brazil mati ditembak dalam keganasan selepas perlawanan antara dua pasukan terkenal negara itu, Flamengo dan Vasco da Gama di bandar Rio de Janeiro.
BRAZIL: Seorang peminat bola sepak Brazil mati ditembak dalam keganasan selepas perlawanan antara dua pasukan terkenal negara itu, Flamengo dan Vasco da Gama di bandar Rio de Janeiro.
Sekumpulan penyokong Vasco da Gama merusuh apabila pasukan mereka kalah 0-1 di padang sendiri.
Para penyokong Vasco melontar bom-bom roket buatan sendiri serta mercun ke kawasan padang.
Ini menyebabkan para pemain bergegas lari meninggalkan padang.
Bagaimanapun rusuhan kemudian berterusan di luar stadium di mana senjata api digunakan.
Selain seorang terbunuh, tiga yang lain cedera.
Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini
Langgani buletin emel kami
Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.