Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemandu Itali catat rekod dunia selepas pandu di jalan raya paling berbahaya Maghribi

Pemandu Itali, Fabio Barone memecahkan rekod dunia ketiga beliau selepas mengharungi jalan raya di kanyon Valle De Dades di Maghribi.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemandu Itali catat rekod dunia selepas pandu di jalan raya paling berbahaya Maghribi

Fabio Barone pecah rekod dunia ketiga beliau selepas harungi jalan raya di kanyon Valle De Dades di Maghribi. (Gambar: OMP Racing/Facebook)

Diterbitkan : 06 Oct 2018 06:35PM Dikemas Kini : 06 Oct 2018 06:39PM

MAGHRIBI: Pemandu Itali, Fabio Barone memecahkan rekod dunia ketiga beliau selepas mengharungi jalan raya di kanyon Valle De Dades di Maghribi.

Barone memandu sejauh lebih lapan kilometer di jalan raya yang berbahaya dalam masa sepantas 4.43 minit. Ini sekaligus memecahkan rekod dunia sebelum ini.

Beliau juga merupakan pemegang rekod bagi masa terpantas untuk litar luar jalan raya di Romania dan China.

Barone berkata kembaranya di Maghribi kali ini adalah perlumbaan beliau yang terakhir sebelum bersara.

"Ia satu perjalanan bermakna. Saya rasa kami sudah melakukan yang terbaik. Apa yang penting adalah kami sudah mewakili negara kami dan berjaya mencatat rekod sangat baik bagi Itali," kata Barone. 

Sumber : Reuters/RU/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan