Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemain tenis meja S'pura sah dapat tempat bagi Sukan Komanwel

Persatuan Tenis Meja Singapura (STTA) mendedahkan senarai pemain yang akan bertanding semasa Sukan Komanwel di Gold Coast bulan depan, termasuk Feng Tianwei dan Yu Mengyu.

Anggaran Waktu Membaca:
Diterbitkan : 14 Mar 2018 06:28PM Dikemas Kini : 14 Mar 2018 10:15PM

SINGAPURA: Persatuan Tenis Meja Singapura (STTA) mendedahkan senarai pemain yang akan bertanding semasa Sukan Komanwel di Gold Coast bulan depan, termasuk Feng Tianwei dan Yu Mengyu.

Pasukan wanita akan terdiri daripada Zhou Yihan, Lin Ye dan Zhang Wanling, menurut STTA semasa sidang media hari ini (14 Mac). Pasukan lelaki pula terdiri daripada Gao Ning, Pang Xuejie, Ethan Poh, Beh Kunting dan Koen Pang.

"Kami memberitahu mereka bahawa mereka perlu cuba merebut setiap pingat yang terdapat di luar sana, itulah yang ditawarkan kepada mereka. Dan mereka akan lakukan yang terbaik," kata presiden STTA Ellen Lee.

"Kami sudah menghantar mereka ke semua pertandingan di merata dunia. Kami juga sudah menghantar mereka ke pertandingan terbuka berbeza-beza. Jika terdapat sesuatu yang mereka layak, kami hantar mereka. Ini kerana kami ingin mereka menimba pengalaman dan pendedahan sebanyak mungkin dengan bermain dalam pertandingan antarabangsa. Lawan untuk mendapatkan pingat," tambah Cik Lee.

"Kami berharap dengan semua sesi latihan dan pendedahan yang diterima mereka dalam tempoh ini, mereka boleh berikan yang terbaik."

Sukan Komanwel akan berlangsung dari 4 April hingga 15 April di Gold Coast, Australia.  

Sumber : CNA/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan