Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemain Saudi akan 'dipertanggungjawabkan' atas kekalahan perlawanan pertama Piala Dunia

Pihak berkuasa sukan Arab Saudi memberi amaran pada Jumaat (15 Jun) akan "mempertanggungjawabkan" anggota pasukan bola sepak negara, susulan kekalahan teruk mereka di tangan Rusia.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain Saudi akan 'dipertanggungjawabkan' atas kekalahan perlawanan pertama Piala Dunia

Penjaga gawang Arab Saudi Abdullah Al-Mayouf beraksi dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia 2018. (Gambar: AFP/Juan Mabromata)

Diterbitkan : 16 Jun 2018 09:54PM Dikemas Kini : 16 Jun 2018 09:59PM

RIYADH: Pihak berkuasa sukan Arab Saudi memberi amaran pada Jumaat (15 Jun) akan "mempertanggungjawabkan" anggota pasukan bola sepak negara, susulan kekalahan teruk mereka di tangan pihak tuan rumah Rusia dalam perlawanan pembukaan Piala Dunia.

Rusia melepasi jangkaan sebagai pasukan berkedudukan terendah dalam perlawanan, dengan membelasah Arab Saudi 5-0 di hadapan penyokong rumah di Moskow, pada Khamis.

Perlawanan tersebut dihadiri Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman, yang duduk tidak berapa jauh dari Presiden Rusia Vlamidir Putin.

"Keputusan perlawanan sangat menghampakan dan tidak memuaskan," presiden Persekutuan Bola Sepak Saudi Adel Ezzat memberitahu saluran televisyen Al-Arabiya pada Jumaat.

"Sejumlah pemain" termasuk penjaga gawang Abdullah Al-Mayouf akan dipertanggungjawabkan, kata beliau.

"Kekalahan bukan kerana tahap stamina, tetapi kesilapan bermain, kesilapan teknikal," beliau turut menambah.

Encik Ezzat juga menamakan dua lagi pemain - pemain pertahanan Omar Hosawi dan penyerang Mohammed al-Sahlawi - tanpa memberitahu apakah tindakan yang akan diambil.

Ketua penguasa sukan Arab Saudi Turki al-Sheikh, yang menerajui usaha bernilai berbilion dolar oleh pihak kerajaan itu untuk meluaskan pengaruh bola sepak di peringkat global akur beliau "bertanggungjawab sepenuhnya" atas kekalahan tersebut.

Namun beliau turut menyelar para pemain.

"Kami lakukan segalanya untuk mereka... kami menyediakan jurulatih terbaik," kata Sheikh menerusi sebuah video yang dimuatnaik di Twitter.

Pelbagai media Arab serantau turut menyelar pasukan Arab Saudi atas kekalahan yang memalukan.

Sumber : AFP/TQ/tq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan