Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pemain EPL disiasat polis selepas wanita dakwa diberi dadah, dirogol

Seorang bintang bola sepak Liga Perdana England dilaporkan menghadapi satu siasatan polis selepas seorang model Perancis mendakwa dia diberi dadah sebelum dirogol olehnya.

Anggaran Waktu Membaca:
Pemain EPL disiasat polis selepas wanita dakwa diberi dadah, dirogol

Gambar fail AFP.

Diterbitkan : 20 Aug 2018 09:06AM Dikemas Kini : 20 Aug 2018 09:12AM

LONDON: Seorang bintang bola sepak Liga Perdana England dilaporkan menghadapi satu siasatan polis selepas seorang model Perancis mendakwa beliau diberi dadah sebelum dirogol olehnya.

Nama wanita dan pemain bola sepak berkenaan yang juga seorang bintang Piala Dunia tidak boleh didedahkan atas perintah mahkamah. Menurut The Sun, insiden tersebut berlaku dalam sebuah apartmen di mana teman bintang bola sepak terbabit turut berada bersamanya.

Wanita tersebut membuat aduan polis apabila beliau kembali ke Paris dan kemudian diperiksa oleh pakar perubatan forensik, lapor Daily Star Sunday.

Akhbar tersebut melaporkan bahawa wanita berkenaan bersama beberapa temannya bertemu dengan para pemain bola sepak di sebuah restoran sebelum mereka pulang ke sebuah apartmen di Westminster.

Mereka kemudian meluangkan masa bersama di sebuah kelab malam di mana wanita tersebut mengatakan beliau meminum tiga gelas minuman keras.

Namun, beliau mula berasa kurang sihat dan muntah-muntah lalu meninggalkan kelab malam tersebut dan menaiki teksi untuk pulang ke apartmen sewanya.

Wanita berkenaan mengatakan bahawa beliau langsung tidur bersendirian kerana tidak berasa sihat.

Beliau mendakwa bahawa beliau terbangun pada tengah malam dan mendapati pemain bola sepak EPL terbabit sudah menanggalkan seluar dalamnya dan melakukan hubungan seks dengannya.

Model tersebut bagaimanapun dalam keadaan terlalu lemah untuk melawannya dan kemudian tidak sedarkan diri.

Apabila beliau bangun, beliau mendapati teman pemain bola sepak itu baring di sebelahnya. Menurut The Star, wanita itu mengadu kepada teman pemain bola sepak berkenaan namun beliau tidak mengendahkannya.

Malah, lelaki tersebut melakukan perbuatan seks ke atasnya meskipun wanita itu enggan melakukannya. Beliau akhirnya berjaya menolak lelaki tersebut dan meninggalkan apartmen.

Star menukil seorang teman wanita itu sebagai berkata bahawa tidak terlintas di fikirannya bahawa pemain EPL itu akan melakukan perbuatan sedemikian terhadapnya. 

Sumber : Agensi berita/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan