Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Peluang S'pura sertai Piala Asia terjejas lepas tewas di tangan Chinese Taipei

Peluang pasukan bola sepak negara untuk menyertai kejohanan Piala Asia tahun 2019 mengalami kegenjotan.

Anggaran Waktu Membaca:
Peluang S'pura sertai Piala Asia terjejas lepas tewas di tangan Chinese Taipei
Diterbitkan : 11 Jun 2017 05:34PM Dikemas Kini : 11 Jun 2017 05:37PM

SINGAPURA: Peluang pasukan bola sepak negara untuk menyertai kejohanan Piala Asia tahun 2019 mengalami kegenjotan.

Ini menyusuli kekalahannya di tangan pasukan Chinese Taipei, di Stadium Jalan Besar semalam (10 Jun).

Pasukan Singa memulakan permainan dengan baik apabila Hariss Harun menyempurnakan tendangan sudut Shahdan Sulaiman untuk menjaringkan gol pertama pada minit ke-6.

Namun pasukan Chinese Taipei dapat menyamakan kedudukan pada minit ke-30 menerusi jaringan cantik Xavier Chen.

Pasukan pelawat terus bangkit dalam babak kedua.

Kesilapan benteng pertahanan pasukan Singa membolehkan Chen Chao-an dengan mudah menjaringkan gol kedua Chinese Taipei.

Pasukan Singa memperhebatkan serangan pada minit-minit terakhir perlawanan tetapi gagal menjaringkan gol.

Singapura kini di tangga terbawah kumpulan E dan akan bertemu Turkmenistan pada September nanti.

Sumber : CNA/nk
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan