Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Peluang bertemu Dwight Yorke, Dennis Irwin dalam acara #ILOVEUNITED di M'sia

Pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United buat julung-julung kalinya akan membawakan #ILOVEUNITED ke Malaysia bulan depan.

Anggaran Waktu Membaca:
Peluang bertemu Dwight Yorke, Dennis Irwin dalam acara #ILOVEUNITED di M'sia

Petikan skrin video kempen #ILoveUnited. (Gambar: Petikan skrin video Manchester United)

Diterbitkan : 22 Feb 2018 05:58PM Dikemas Kini : 22 Feb 2018 06:20PM

KUALA LUMPUR: Pasukan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL), Manchester United buat julung-julung kalinya akan membawakan #ILOVEUNITED ke Malaysia bulan depan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini, ia merupakan acara khas yang dianjurkan oleh kelab berkenaan, yang mana penyokong mereka dapat berkumpul dan menyaksikan siaran langsung secara beramai-ramai. 

"#ILOVEUNITED akan berlangsung pada Sabtu, 10 Mac bertempat di Berjaya Times Square yang mana Manchester United akan bertemu seteru kelab, Liverpool dalam perlawanan yang dinantikan oleh para peminat.

"Acara eksklusif seperti ini telah dianjurkan di beberapa lokasi di seluruh dunia dan United teruja untuk membawakannya buat pertama kali ke Malaysia dan acara ini adalah terbuka dan percuma untuk penyokong," kata kenyataan itu hari ini.

#ILOVEUNITED: Kuala Lumpur

Next stop on our #ILOVEUNITED tour… Kuala Lumpur! ����Join Dwight Yorke, Denis Irwin and David May to watch #MUFC v Liverpool on Saturday 10 March: http://manutd.co/KQ7

Posted by Manchester United on Sunday, 18 February 2018

Menurut kenyataan itu, duta Manchester United, Dwight Yorke dan Dennis Irwin serta legenda kelab berkenaan, David May, akan hadir untuk bertemu para peminat selain berpeluang untuk mendalami budaya tempatan di samping memberi pandangan dan analisis perlawanan.

Penonton akan turut disajikan dengan acara hiburan dan juga peraduan, di mana mereka berpeluang memenangi trip VIP ke Old Trafford. 

Di samping itu, melalui acara berkenaan peminat di seluruh dunia dapat berhubung secara interaktif untuk memuat naik gambar dan video mereka bersorak untuk pasukan mereka.

Acara #ILOVEUNITED adalah percuma kepada semua dan peminat pasukan Manchester United yang berminat diminta untuk memohon secara talian tiket masuk dengan melayari www.manutd.com/iloveunited sebelum 12.00 tengah malam pada 4 Mac.

Setiap permohonan kemudiannya akan diundi dan tiket dikeluarkan secara rawak dan permohonan yang berjaya akan dimaklumkan menerusi e-mel tidak lewat dari 6 Mac.

Bagi peminat yang telah pun mendaftar secara rasmi anggota kelab penyokong rasmi Official Manchester United, mereka diberi jaminan untuk mendapat tiket kemasukan ke acara tersebut dengan memasukkan nombor keahlian semasa proses permohonan.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan