Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pele rebah keletihan, batalkan lawatan ke London

Legenda bola sepak Brazil, Pele rebah akibat keletihan dan terpaksa membatalkan kunjungannya  ke London hujung minggu ini, kata Persatuan Penulis Bola Sepak (FWA) pada Jumaat  (19 Jan).

Anggaran Waktu Membaca:
Pele rebah keletihan, batalkan lawatan ke London

Gambar fail legenda bola sepak Pele. (Gambar: REUTERS/Paulo Whitaker)

Diterbitkan : 19 Jan 2018 11:01PM Dikemas Kini : 19 Jan 2018 11:04PM

SAO PAULO: Legenda bola sepak Brazil, Pele rebah akibat keletihan dan terpaksa membatalkan kunjungannya ke London hujung minggu ini, kata Persatuan Penulis Bola Sepak (FWA) pada Jumaat (19 Jan).

FWA dijadual mengadakan majlis makan malam sebagai tanda penghormatan bagi bekas pemain berusia 77 tahun itu di hotel Savoy pada hari Ahad.

"Pada awal pagi Khamis, Pele rebah dan dibawa ke hospital di Brazil di mana beliau menjalani beberapa ujian yang kelihatan menunjukkan keletihan yang teruk," kata FWA dalam satu kenyataan.

Pele, yang merupakan satu-satunya pemain untuk memenangi tiga Piala Dunia bersama Brazil pada 1958, 1962 dan 1970, dilihat bergelut dengan masalah kesihatan. Beliau dibawa ke hospital bagi masalah buah pinggang dan prostat pada tahun-tahun kebelakangan ini dan menjalani pembedahan pinggul.

Masih dianggap sebagai pemain terhebat sepanjang masa, beliau muncul dengan berkerusi roda pada penampilan terakhirnya di Moscow pada bulan Disember bagi undian Piala Dunia 2018.

Sumber : Reuters/SU/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan