Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan tenis meja wanita S'pura terpaksa berpuas hati dengan perak

Pemain tenis meja wanita Singapura kecundang di tangan India dalam peringkat akhir berpasukan hari ini (8 Apr).

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan tenis meja wanita S'pura terpaksa berpuas hati dengan perak

Gambar: Team Singapore/Facebook

Diterbitkan : 08 Apr 2018 09:15PM Dikemas Kini : 03 Nov 2022 04:41PM

GOLD COAST: Pemain tenis meja wanita Singapura kecundang di tangan India dalam peringkat akhir berpasukan hari ini (8 Apr).

Pasukan Singapura yang dianggotai Feng Tianwei, Yu Mengyu, Lin Ye, Zhou Yihan dan Zhan Wanling terpaksa berpuas hati dengan pingat perak selepas kalah 1-3.

Pingat berkenaan merupakan yang pertama bagi Singapura di Sukan Komanwel 2018.

Singapura dikejutkan pada awal pertandingan apabila Feng,
pemain nombor empat dunia kalah di tangan Manika Batra, pemain ranking ke 62, 8-11, 11-8, 11-7, 9-11, 7-11.

Yu menghidupkan semula semangat Singapura apabila mengalahkan Madhurika Partar 3-0 dalam hanya 24 minit.

Namun, India kembali mendahului dalam acara beregu selepas pasangan Yu dan Zhou kalah 1-3 di tangan Patkar dan Mouma Das, 7-11, 6-11, 11-8, 7-11 dalam masa 34 minit.

India menjamin pingat emas dalam genggaman apabila Zhou kalah 0-3 di tangan Batra dengan mencatat 11-7, 11-4, 11-7. 

Sumber : CNA/SM/sm
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan