Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasukan bawah 23 tahun S'pura bertekad tewaskan Myanmar

Pasukan bola sepak bawah 23 tahun Singapura bertekad untuk membuktikan bahawa ia layak bertanding dalam Sukan Asia. Kemenangan ke atas Myanmar bagaimanapun belum dapat menjamin pasukan negara akan dipilih untuk bersaing dalam temasya sukan tersebut.

Anggaran Waktu Membaca:
Pasukan bawah 23 tahun S'pura bertekad tewaskan Myanmar

Gambar fail Pasukan bawah 23 tahun Singapura di Yangon. (Gambar: Singapore Lions Under-23/ Facebook)

Diterbitkan : 19 Jun 2018 11:58AM Dikemas Kini : 19 Jun 2018 12:01PM

SINGAPURA: Pasukan bola sepak bawah 23 tahun Singapura bertekad untuk membuktikan bahawa ia layak bertanding dalam Sukan Asia. Kemenangan ke atas Myanmar bagaimanapun belum dapat menjamin pasukan negara akan dipilih untuk bersaing dalam temasya sukan tersebut.

Perlawanan yang akan berlangsung di Stadium Bishan pada 8.00 malam itu merupakan satu-satunya peluang bagi pasukan negara untuk membuktikan kepada Majlis Olimpik Kebangsaan Singapura (SNOC) bahawa ia wajar bertanding dalam Sukan Asia.

Irfan Fandi, kapten pasukan berusia 21 tahun berkata: "Saya harap semua dalam pasukan akan melakukan yang terbaik. Tiada alasan untuk tidak melakukan sedemikian, kerana inilah para pemain yang dipilih - sebagai pemain bola sepak terbaik di Singapura - jadi kami perlu memberikan yang terbaik pada Rabu nanti. Saya tidak terkecuali."

Zulfadhmi Suzliman akur bahawa Myanmar merupakan pasukan lawan yang hebat - ia berjaya melayakkan diri bagi Piala Dunia Bawah 20 Tahun pada 2015 - tetapi beliau percaya pasukan Singapura mempunyai "tekad (yang kuat) untuk menang".

"Saya dapat lihat kesemua anggota pasukan bekerja keras, sanggup memberikan yang terbaik... ia tidak mungkin perlawanan yang mudah, dan kami perlu bekerjasama sebagai sebuah pasukan yang teguh. Kami benar-benar mengharapkan kemenangan kali ini," kata pemain penyerang berusia 22 tahun itu.

Permohonan Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) bagi pasukannya untuk bersaing dalam Sukan Asia ditolak bulan lalu, kerana keputusan yang diserahkan FAS tidak memenuhi kriteria SNOC.

Bagi memenuhi kriteria pemilihan dan menyertai kontinjen Singapura, pasukan itu perlu menandingi empat pasukan terbaik dalam Sukan Asia sebelumnya, atau mengalahkan lawan yang menduduki sekurang-kurangnya tempat keenam di Asia.

Sebelum pengumuman itu, satu-satunya kemenangan Singapura pada tahun ini adalah perlawanan menentang Indonesia. Singapura menang 3-0.

FAS selanjutnya memberitahu Mediacorp awal bulan ini bahawa ia mengalami kesukaran mencari pasukan lawan. Perlawanan menentang Myanmar hanya diumumkan pada Rabu lalu.  

Sumber : CNA/AQ/aq
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan