Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Pasangan beregu campuran M'sia juara Terbuka Jerman

Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai mempamerkan prestasi terpuji apabila muncul juara kejohanan badminton Terbuka Jerman selepas menewaskan gandingan Denmark Niclas Nohr-Sara Thygesen 21-14, 22-20 dalam peringkat akhir, Ahad malam (11 Mac).

Anggaran Waktu Membaca:
Pasangan beregu campuran M'sia juara Terbuka Jerman

Pasangan beregu campuran Malaysia, Goh Soon Huat dan Shevon Lai juara kejohanan badminton Terbuka Jerman. (Gambar: BERNAMA)

Diterbitkan : 12 Mar 2018 07:31AM Dikemas Kini : 12 Mar 2018 07:35AM

KUALA LUMPUR: Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai mempamerkan prestasi terpuji apabila muncul juara kejohanan badminton Terbuka Jerman selepas menewaskan gandingan Denmark Niclas Nohr-Sara Thygesen 21-14, 22-20 dalam peringkat akhir, Ahad malam (11 Mac).

Kemenangan dalam masa 47 minit perlawanan itu juga meneruskan rentak cemerlang pasangan berkenaan selepas kejayaan mengungguli Kejohanan Badminton Kebangsaan, bulan lalu.

Awal dari itu, Goh-Shevon melangkah ke peringkat akhir setelah menundukkan pilihan kelapan dari Korea Selatan, Choi Solgyu-Chae Yoo Jung dalam pertarungan sengit 23-21, 23-25, 21-13 pada aksi separuh akhir.

Demikian menurut laman web kejohanan bwf.tournamentsoftware.com.

Selepas ini, pasangan Malaysia tersebut yang kini menduduki tangga ke-10 dunia, akan beraksi dalam kejohanan Seluruh England yang bakal berlangsung dari 14 hingga 18 Mac ini.

Sumber : Bernama/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan