Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Paris Saint-Germain tiba di S'pura bagi Piala Juara-Juara Antarabangsa

Juara Liga Perancis, Paris Saint-Germain (PSG), tiba di Singapura hari ini(25 Jul) bagi Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) 2018, yang dijadualkan bermula di Stadium Negara esok (26 Jul).

Anggaran Waktu Membaca:
Paris Saint-Germain tiba di S'pura bagi Piala Juara-Juara Antarabangsa

Penjaga gawang Gianluigi Buffon menandatangani jersi. (Gambar: Piala Juara-Juara Antarabangsa)

Diterbitkan : 25 Jul 2018 05:47PM Dikemas Kini : 25 Jul 2018 05:56PM

SINGAPURA: Juara Liga Perancis, Paris Saint-Germain (PSG), tiba di Singapura hari ini (25 Jul) bagi Piala Juara-Juara Antarabangsa (ICC) 2018, yang dijadualkan bermula di Stadium Negara esok (26 Jul).

Pasukan tersebut disambut dengan meriah oleh para peminat meskipun ia datang tanpa bintang Brazil Neymar dan penyerang Perancis Kylian Mbappe.

Para pemain Paris Saint-Germain. (Gambar: ICC)

Para pemain Paris Saint-Germain. (Gambar: ICC)

Kapten pasukan Thiago Silva, serta pemain-pemain 'forward' Angel Di Maria dan Edinson Cavani juga tidak disertakan dalam pasukan. Mereka sedang mengambil cuti rehat panjang selepas beraksi di Piala Dunia.

Bagaimanapun, peminat tetap menunjukkan keghairahan dengan kehadiran penjaga gawang legenda Itali Gianluigi Buffon dan pemain tengah Jerman Julian Draxler yang mengambil masa untuk bergambar dan memberi tandatangan.

Layvin Kurzawa (kiri) dengan Gianluigi Buffon. (Gambar: ICC)

Layvin Kurzawa (kiri) dengan Gianluigi Buffon. (Gambar: ICC)

Bintang-bintang PSG Adrien Rabiot, Kevin Trapp dan Marco Verratti juga berada di Singapura.

Putaran jam dari kiri atas: Adrien Rabiot, pengurus Thomas Tuchel, Julian Draxler dan Marco Verratti. (Gambar: ICC)

Putaran jam dari kiri atas: Adrien Rabiot, pengurus Thomas Tuchel, Julian Draxler dan Marco Verratti. (Gambar: ICC)

Senarai pemain turut diumumkan pasukan tersebut di laman Twitter pada petang semalam.

Juara Perancis sebanyak tujuh kali itu akan berdepan dengan pasukan Liga Perdana Inggeris Arsenal pada Sabtu (28 Jul), disusuli dengan Atletico Madrid pada 30 Jul.

Singapura adalah satu-satunya persinggahan Asia bagi 27 perlawanan ICC, yang juga bakal berlangsung di Amerika Syarikat dan Eropah.

Sumber : CNA/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan