Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Oumar Niasse dahului penyerang Everton lain, kata Allardyce

Pretasi baik yang ditunjukkan pemain Everton, Oumar Niasse, setakat ini meletakkannya di hadapan penyerang-penyerang lain pasukan itu termasuk Dominic Calvert-Lewin dan Cenk Tosun, kata pengurus mereka, Sam Allardyce. 

Anggaran Waktu Membaca:
Oumar Niasse dahului penyerang Everton lain, kata Allardyce

(Gambar: PAUL ELLIS / AFP)

Diterbitkan : 14 Feb 2018 10:05PM Dikemas Kini : 14 Feb 2018 10:08PM

REUTERS: Pretasi baik yang ditunjukkan pemain Everton, Oumar Niasse, setakat ini meletakkannya di hadapan penyerang-penyerang lain pasukan itu termasuk Dominic Calvert-Lewin dan Cenk Tosun, kata pengurus mereka, Sam Allardyce.

Warga Senegal itu jarang beraksi pada awal kempen Everton tetapi beliau membuat kemunculan dalam tujuh daripada lapan perlawanan terakhir Liga Perdana pasukan tersebut. Malah, Oumar terpilih untuk tampil dalam kesebelasan utama Everton bagi ketiga-tiga perlawanannya baru-baru ini.

Dalam perlawanan yang terkini, persembahan baik penyerang yang berusia 21 tahun itu bukan sahaja membantu Everton menewaskan Crystal Palace 3-1 tetapi beliau juga berjaya menjaringkan tujuh gol sejauh ini dalam 15 penampilan musim ini.

Sementara itu, Calvert-Lewin hanya mampu menjaring empat gol dalam 25 penampilan dan Tosun yang baru menyertai Everton bulan lalu masih belum berjaya mencatat gol ke namanya.

"Nisbah gol bagi setiap perlawanan yang dicatat Oumar adalah baik dan nampaknya beliau buat masa ini, seperti pemain terbaik untuk menjaringkan gol bagi kami. Sumbangannya Sabtu lalu (10 Feb) membantu kami dan sebagai satu pasukan, kami harus meneruskan prestasi sedemikian," kata Allardyce, menurut laman pasukan tersebut (www.evertonfc.com).

Sejauh ini, Everton hanya mampu memenangi satu daripada 13 perlawanan di padang lawan. Ini jauh berbeza daripada pencapaian di Goodison Park di mana ia menang lapan daripada 14 perlawanan selaku tuan rumahnya.

Justeru, Allardyce menggesa pasukannya untuk lebih konsisten dalam permainannya.

"Prestasi kami di padang sendiri adalah konsisten. Ini sebabnya kami berada di kedudukan separuh pertama teratas liga ini dan kami harus teruskan yang demikian."

Everton menduduki tempat kesembilan dalam Liga Perdana dan bakal bertemu dengan Watford, yang berada dua tangga di belakang, pada 24 Februari nanti.  

Sumber : Reuters/SM/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan