Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Olimpik Musim Sejuk PyeongChang: Pemenang pingat dari Rusia disyaki ambil dadah

Seorang pemenang pingat di Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang disyaki diuji positif mengambil bahan terlarang, satu sumber di Sukan Olimpik mendedahkan hari ini (18 Feb), yang menjejaskan usaha Rusia untuk keluar daripada satu lagi skandal penipuan  dadah. 

Anggaran Waktu Membaca:
Olimpik Musim Sejuk PyeongChang: Pemenang pingat dari Rusia disyaki ambil dadah

Acara pengagihan pingat Olimpik.

Diterbitkan : 18 Feb 2018 10:11PM Dikemas Kini : 18 Feb 2018 10:12PM

PYEONGCHANG: Seorang pemenang pingat di Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang disyaki diuji positif mengambil bahan terlarang, satu sumber di Sukan Olimpik mendedahkan hari ini (18 Feb), yang menjejaskan usaha Rusia untuk keluar daripada satu lagi skandal penipuan dadah.

Alexander Krushelnitsku, menang pingat gangsa, bersama isterinya dalam sukan curling berpasangan campuran. Dia disyaki diuji positif bagi meldonium, menurut sumber berkenaan. Meldonium mempertingkatkan pengaliran darah yang meningkatkan lagi keupayaan para atlit untuk bersenam.

Krushelnitsky mahupun jurucakap delegasi Rusia di Pyeongchang tidak segera memberikan respons apabila diminta memberikan komen.

Rusia dituduh menjalankan program pengambilan dadah sistematik yang dibiayai negara buat beberapa tahun, yang dinafikan Moscow.

Seorang pegawai Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) enggan mengulas sekadar berkata pihak berkuasa bebas bertanggungjawab terhadap ujian dadah di Pyeongchang.  

Sumber : AFP/FA/fa
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan