Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Nadal rampas kembali takhta ATP, selepas Federer tewas

Rafael Nadal merampas kembali kedudukan teratas dalam ranking lelaki ATP pada Isnin (2 Apr), sehari selepas pesaing utama dari Switzerland, Roger Federer disingkirkan pemain Amerika John Isner di Miami.

Anggaran Waktu Membaca:
Nadal rampas kembali takhta ATP, selepas Federer tewas

Rafael Nadal dari Sepanyol. (Gambar: AFP/Pedro Pardo)

Diterbitkan : 03 Apr 2018 11:22AM Dikemas Kini : 03 Apr 2018 11:25AM

PARIS: Rafael Nadal merampas kembali kedudukan teratas dalam ranking lelaki ATP pada Isnin (2 Apr), sehari selepas pesaing utama dari Switzerland, Roger Federer disingkirkan pemain Amerika John Isner di Miami.

Nadal, yang menarik diri dari suku akhir Terbuka Australia pada Januari, terpaksa menyaksikan Federer mengambil alih kedudukan utama pada 18 Februari.

Pemain veteran dari Switzerland itu, bagaimanapun, ketinggalan 10 mata di belakang pencabar dari Sepanyol tersebut di kedudukan kedua kepada Isner. Ini selepas pemain tinggi lampai itu naik lapan tempat ke kedudukan ke-9, selepas menang dalam acara Masters 1000 pada Ahad.

Isner menyamai kedudukan terbaiknya sebelum ini, yang diraih pada April 2012, manakala lawan yang ditewaskan pada pusingan akhir Alexander Zverev dari Jerman naik satu tangga ke tempat ke-4.

Pemain Korea Selatan, Hyeon Chung terus naik dalam ranking, menembusi tangga 20 terbaik, ke tempat ke-19, buat kali pertama sejak memulakan kerjayanya. Ini, selepas pemain berusia 21 tahun itu mara ke suku akhir di Miami.

Ranking ATP setakat 2 April adalah seperti berikut (perubahan ranking dalam kurungan):

Rafael Nadal (ESP) 8.770 pts (+1)
Roger Federer (SUI) 8.670 (-1)
Marin Cilic (CRO) 4.985
Alexander Zverev (GER) 4.925 (+1)
Grigor Dimitrov (BUL) 4.635 (-1)
Juan Martin Del Potro (ARG) 4.470
Dominic Thiem (AUT) 3.665
Kevin Anderson (RSA) 3.390
John Isner (USA) 3.125 (+8)
David Goffin (BEL) 3.110 (-1)
Lucas Pouille (FRA) 2.410 (-1)
Pablo Carreno (ESP) 2.395 (+7)
Novak Djokovic (SRB) 2.310 (-1)
Sam Querrey (USA) 2.265
Diego Schwartzman (ARG) 2.220 (+1)
Jack Sock (USA) 2.200 (-5)
Roberto Bautista (ESP) 2.175 (-2)
Tomas Berdych (CZE) 2.140 (-5)
Hyeon Chung (KOR) 1.897 (+4)
Fabio Fognini (ITA) 1.840 (-2)

Sumber : AFP/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan