Skip to main content

Iklan

Iklan

Sukan

Nadal juarai Rome Masters buat kali ke-8 selepas bangkit dengan cemerlang

Rafael Nadal memenangi Rome Masters buat kali kelapan pada Ahad (20 Mei) selepas menewaskan juara bertahan Alexander Zverev  6-1, 1-6, 6-3, setelah bangkit dengan cemerlang.

Anggaran Waktu Membaca:
Nadal juarai Rome Masters buat kali ke-8 selepas bangkit dengan cemerlang

Rafael Nadal. (Gambar: Filippo MONTEFORTE/AFP)

Diterbitkan : 21 May 2018 09:54AM Dikemas Kini : 21 May 2018 09:57AM

ROME: Rafael Nadal memenangi Rome Masters buat kali kelapan pada Ahad (20 Mei) selepas menewaskan juara bertahan Alexander Zverev 6-1, 1-6, 6-3, setelah bangkit dengan cemerlang.

Pemain nombor dua dunia dari Jerman Zverev berada 3-1 di hadapan dalam set penentuan sebelum permainan yang dihentikan sebanyak dua kali disebabkan hujan, menjejas rentaknya.

Nadal, pemain nombor satu dunia kemudian berjaya bangkit dalam lima pusingan terakhir bagi menjuarai Masters untuk kali ke-32 dan memastikan beliau kembali ke kedudukan pertama dunia.

Zverev, 21, sebelum ini memenangi 13 perlawanan berturut-turut, termasuk piala minggu lalu di Madrid.

Bagaimanapun, selepas perlawanan peringkat akhir pada Ahad, rekodnya menentang pemain Sepanyol itu adalah lima kekalahan dalam lima pertemuan.

Nadal ketinggalan 3-1 sebelum masa rehat pertama disebabkan hujan tetapi berjaya merapatkan jurang selepas perlawanan disambung.

Selepas setengah jam dalam waktu rehat ketika perlawanan dihentikan kali kedua, Nadal bangkit semula, sekaligus memenangi empat pusingan berturut-turut untuk meraih kemenangan pada mata perlawanan kedua untuk terus muncul juara.

Sumber : AFP/IM/im
Anda suka apa yang anda baca? Ikuti perkembangan terkini dengan mengikuti kami di Facebook, Instagram, TikTok dan Telegram!

Ikuti perkembangan kami dan dapatkan Berita Terkini

Langgani buletin emel kami

Dengan mengklik hantar, saya bersetuju data peribadi saya boleh digunakan untuk menghantar artikel dari Berita, tawaran promosi dan juga untuk penyelidikan dan analisis.

Iklan

Lebih banyak artikel Berita

Iklan